31 May 2010

Sambutan Hari Guru 17 Mei 2010

Sambutan Hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010. Acara Hari guru dimulakan dengan perhimpunan dan pembacaan perutusan oleh Guru Besar SK LKTP Jengka 9.Sejurus selepas pembacaan perutusan,nyanyian lagu Guru Malaysia di nyanyikan dan ikrar guru dilaungkan. Pada jam 8.30 pagi ,guru dijemput untuk sarapan pagi n majlis penyampaian hadiah. Seterusnya acara sukaneka untuk para guru telah diadakan. Guru- guru dibahagikan kepada 4 kumpulan termasuk kakitangan sekolah dan staff sokongan. Setiap kumpulan di ketuai oleh Guru Besar, GPK 1,GPK Ko dan GPK Hem. Terdapat beberapa acara telah diadakan antaranya ialah "shoot" bola jaring ke dalam gol,lastik getah,sepak bola masuk gol, dan melontar pundi pasir ke dalam bakul. Acara sukaneka dimenangi oleh Kumpulan yang diketuai oleh GPK Ko. Persembahan murid dari tahun 1 hingga tahun 6 dimulakan pada pukul 11.00 pagi. Guru juga turut membuat persembahan antaranya persembahan magic,nyanyian lagu Guru Malaysia oleh Guru Besar, GPK 1,GPK Ko dan GPK Hem dan penampilan istimewa dari Guru Besar SK LKTP Jengka 9 iaitu Pn Hjh Ranjani bt Abd Karim dengan nyanyian nasyid. Acara kemuncak yang telah diadakan pada Sambutan Hari Guru tahun ini ialah penganugerahan kepada guru-guru bagi kategori Guru Penyayang, Guru Paling Garang, Guru Paling Cantik, dan Guru Paling Kacak. Guru Penyayang telah dimenangi oleh Ustazah Rahimah bt Ontong, Guru Paling Garang dimenangi oleh En Shaari b Berahim,Guru Paling Cantik dimenangi oleh Pn Norashikin bt Abd.Mubin, Guru Paling Kacak dimenangi oleh Ustaz Mohd Firdaus b Asuri dan Anugerah Khas ,Guru Paling Popular dimenangi oleh En Ruzaiman bin A. Hamid.Acara diakhiri dengan bacaan doa dan jamuan makan tengahari untuk para guru.

No comments:

Post a Comment