21 June 2010

KELAS ICT MURID TAHUN 4 DAN 5

21-Jun- 2010 : Kelas ICT murid tahun 4 & 5 akan dijalankan seperti biasa.

Jadual waktu Kelas ICT :

Isnin Tahun 4 - Kumpulan A
4.00 ptg - 5.00 ptg
Selasa Tahun 4 - Kumpulan B
4.00 ptg - 5.00 ptg
Rabu Tahun 5 - Kumpulan A
4.00 ptg - 5.00 ptg
Khamis Tahun 5 - Kumpulan B
4.00 ptg - 5.00 ptg

-Diingatkan supaya semua murid Tahun 4 & 5 mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan
oleh makmal SK LKTP Jengka 9.
PANDUAN PERATURAN
DI MAKMAL/BILIK KOMPUTER

1. MASUK HANYA DENGAN PENGAWASAN GURU, DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN.
2. TINGGALKAN BEG DI LUAR MAKMAL,DAN TANGGALKAN KASUT SEBELUM MASUK.
3. DILARANG MEMBAWA MASUK " PERISIAN LUAR " KE DALAM MAKMAL.
4. DILARANG MEMBAWA MAKANAN DAN MINUMAN KE DALAM MAKMAL.
5. DITEGAH MENGGANGGU SAMBUNGAN PENDAWAIAN PADA KOMPUTER.
6. DILARANG MENGELUARKAN MANA-MANA PERKAKASAN DAN PERISIAN DARI MAKMAL.
7. JIKA TERDENGAR SEBARANG BUNYI GANJIL, TERHIDU BAU BENDA BAKAR, BAHAGIAN KOMPUTER YANG TERLALU PANAS ATAU SEBARANG KEADAAN YANG DISYAKI TIDAK NORMAL,SEGERA LAPORKAN KEPADA GURU DI DALAM MAKMAL.
8. LAPORKAN DENGAN SEGERA SEBARANG KEROSAKAN PERKAKASAN ATAU PERISIAN KEPADA GURU PENYELARAS.
9. PASTIKAN ANDA KELUAR DARI PROGRAM ATAU OFF (TUTUP) KOMPUTER MENGIKUT PERATURAN, TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA ATAU MENUTUP KOMPUTER TANPA KEBENARAN GURU PENYELARAS.
10. JAGA KEBERSIHAN SEPANJANG MASA, SILA KEMASKAN MAKMAL SEBELUM BEREDAR KELUAR.
UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA DAN RAKAN - RAKAN ANDA.

18 June 2010

CUTI PERSEKOLAHAN BERAKHIR

Isnin ini 21.jun.2010 sesi persekolahan akan bermula .Murid - murid akan menjalani sesi persekolahan seperti biasa selepas 2 minggu cuti persekolahan.

14 June 2010

KELAS TAMBAHAN MURID TAHUN 6

Minggu pertama cuti persekolahan telah berakhir, minggu kedua cuti persekolahan kini bermula. Pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi kini bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran dibantu guru-guru dengan menghadiri kelas tambahan. Kelas tambahan dijalankan bagi memperkukuhkan lagi usaha murid-murid tahun 6 dalam persediaan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Kelas bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari. Diharapkan segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil dan murid-murid akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti.

02 June 2010

Temasya Sukan SK LKTP Jengka 9, 23 Mei 2010

Pada 23 Mei 2010,Ahad- Telah diadakan Temasya Sukan Peringkat Sekolah kali ke- 24 bertempat di padang SK LKTP Jengka 9.Sebanyak 70 acara dipertandingkan pada Temasya Sukan peringkat sekolah kali ini. Acara sukan dibahagikan mengikut tahap,bermula dari Pra Sekolah, Pendidikan Khas sehinggalah ke tahun 6. Acara sukan bermula dengan perbarisan dari ketiga- tiga rumah sukan iaitu biru, merah dan hijau. Upacara lintas hormat dilakukan semasa sesi perbarisan berjalan. Acara temasya sukan ini juga turut dimeriahkan oleh kehadiran Ibu - Bapa penjaga dan belia- belia yang hadir memberikan bantuan dalam menjayakan Temasya Sukan kali- 24 tahun ini. Setelah selesai acara perbarisan, acara balapan bermula.Semasa acara berlangsung murid- murid telah memberikan sokongan yang padu kepada ahli dari rumah sukan mereka yang mengambil bahagian. Acara sukan diselang-selikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Pada temasya sukan kali ini,rumah biru telah menjadi johan dengan 168 mata,tempat kedua rumah merah dengan kemenangan tipis terhadap rumah hijau sebanyak 158 mata dan rumah hijau 157 mata. Acara kemuncak bagi temasya sukan kali ini ialah tarik tali,semua warga SK LKTP Jengka 9 turut memberikan sokongan kepada peserta tarik tali. Penutupan rasmi bagi temasya sukan pada kali ke - 24 dilakukan oleh wakil dari Felda Jengka 9.

Murid- murid berkumpul untuk mendengar taklimat sebelum acara bermula.


Temasya sukan turut dimeriahkan dengan acara yang disertai oleh para belia,ibu bapa dan guru-guru.

Murid - murid memberi saingan di acara kemuncak, digamatkan lagi dengan sokongan dari penonton yang hadir.

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang.



AJK Hadiah setia menunggu di tempat penyampaian hadiah

Tepukan kegembiraan antara gelagat menarik semasa temasya sukan berlangsung.

Sorakan dan tepukan pihak penyokong dan penonton memeriahkan lagi acara sukan.