31 May 2010

Sambutan Hari Guru 17 Mei 2010

Sambutan Hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010. Acara Hari guru dimulakan dengan perhimpunan dan pembacaan perutusan oleh Guru Besar SK LKTP Jengka 9.Sejurus selepas pembacaan perutusan,nyanyian lagu Guru Malaysia di nyanyikan dan ikrar guru dilaungkan. Pada jam 8.30 pagi ,guru dijemput untuk sarapan pagi n majlis penyampaian hadiah. Seterusnya acara sukaneka untuk para guru telah diadakan. Guru- guru dibahagikan kepada 4 kumpulan termasuk kakitangan sekolah dan staff sokongan. Setiap kumpulan di ketuai oleh Guru Besar, GPK 1,GPK Ko dan GPK Hem. Terdapat beberapa acara telah diadakan antaranya ialah "shoot" bola jaring ke dalam gol,lastik getah,sepak bola masuk gol, dan melontar pundi pasir ke dalam bakul. Acara sukaneka dimenangi oleh Kumpulan yang diketuai oleh GPK Ko. Persembahan murid dari tahun 1 hingga tahun 6 dimulakan pada pukul 11.00 pagi. Guru juga turut membuat persembahan antaranya persembahan magic,nyanyian lagu Guru Malaysia oleh Guru Besar, GPK 1,GPK Ko dan GPK Hem dan penampilan istimewa dari Guru Besar SK LKTP Jengka 9 iaitu Pn Hjh Ranjani bt Abd Karim dengan nyanyian nasyid. Acara kemuncak yang telah diadakan pada Sambutan Hari Guru tahun ini ialah penganugerahan kepada guru-guru bagi kategori Guru Penyayang, Guru Paling Garang, Guru Paling Cantik, dan Guru Paling Kacak. Guru Penyayang telah dimenangi oleh Ustazah Rahimah bt Ontong, Guru Paling Garang dimenangi oleh En Shaari b Berahim,Guru Paling Cantik dimenangi oleh Pn Norashikin bt Abd.Mubin, Guru Paling Kacak dimenangi oleh Ustaz Mohd Firdaus b Asuri dan Anugerah Khas ,Guru Paling Popular dimenangi oleh En Ruzaiman bin A. Hamid.Acara diakhiri dengan bacaan doa dan jamuan makan tengahari untuk para guru.

12 May 2010

Majlis Perpisahan Pn Nor Hafizan PPM Pra Sekolah

Pada hari Khamis ,06 may 2010 telah diadakan satu majlis perpisahan berkenaan pertukaran seorang kakitangan SK LKTP Jengka 9 iaitu Pn Nor Hafizan bt Mohamed,Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah ke sekolah lain. Majlis diadakan sempena mengenang jasa beliau yang telah berkhidmat di SK LKTP Jengka 9 selama 3 tahun. Segala jasa dan sumbangan yang diberikan dari Pn Nor Hafizan bt Mohamed kepada pihak sekolah selama berkhidmat didahulukan dengan jutaan Terima Kasih. Majlis didahulukan dengan bacaan doa oleh En Wahyu Hidayad, diikuti oleh ucapan dari pada Pn Nor Hafizan bt Mohammad dan ucapan dari Guru Besar SK LKTP Jengka 9 Pn Hjh Ranjani Bt Abdul Karim. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan makan tengah hari.

Yang Diraikan Pn Nor Hafizan bt Mohamad.


Majlis Penyampaian Hadiah dari Guru Besar SK LKTP Jengka 9 Puan Hjh Ranjani bt Abd Karim.


MAULIDUR RASUL 2010


Pada 12.03.2010 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Maulidur Rasul Peringkat sekolah. Majlis ini juga telah diadakan di bawah Permuafakatan PIBG, JKK, Sekolah Agama Rakyat, AJK Masjid dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) . Acara ini diadakan pada hari Jumaat,bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.05 tengah hari dan dirasmikan oleh Penyelia Agama Islam, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD ) Maran Tuan Haji Yusof b Haji Seh . Acara dimulakan dengan perarakan murid-murid, guru- guru sekolah dari dataran sekolah hingga ke masjid dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W mengelilingi Kampung Felda Jengka 9. Di antara program yang di jalankan ialah, murid - murid dibahagikan kepada dua kategori. Tahap 1&Pra Sekolah dan Tahap 2 & Pendidikan Khas. Bagi Tahap 1 & Pra Sekolah telah diadakan pertandingan lafaz niat sembahyang,pertandingan Mengambil Wudhuk, dan hafazan. Bagi Tahap 2 & Pendidikan Khas telah diadakan pertandingan menjawikan perkataan rumi/merumikan perkataan jawi,pertandingan azan bagi murid lelaki dan pertandingan iqamah murid perempuan, dan hafazan.



10 May 2010

Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon

SK LKTP Jengka 9 telah menjadi vanue Kejohanan Bola Sepak Peringkat Zon Jengka 2010 yang telah diadakan pada 24.2.2010 dan 25.2.2010. Sebanyak 13 buah sekolah terlibat dalam kejohanan ini. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Johari b Ismail iaitu Penyelia Sekolah Rendah dan Pra Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Maran. Pasukan dari SK LKTP Jengka 9 telah memberikan saingan yang mantap berentap dengan peserta dari pasukan sekolah lain namun,SK LKTP Jengka 9 tidak dapat meneruskan saingan selepas kecundang di pusingan kedua.Namun sokongan turut diberikan kepada pasukan lain yang mara ke peringkat seterusnya. Pasukan dari SK LKTP Jengka 22 telah mengungguli kejohanan kali ini.Manakala SK Bandar Pusat Jengka telah mendapat Naib Johan disusuli SK LKTP Jengka 16 tempat ketiga dan SK LKTP Jengka 8 tempat keempat. Seramai 18 pemain dari sekolah yang menyertai kejohanan telah dipilih untuk mewakili Zon Jengka bagi membawa cabaran Zon ke kejohanan MSSD Maran. Beberapa orang pemain dari Zon Jengka telah berjaya dipilih menyertai pasukan bola sepak MSSD ke peringkat MSSP yang diadakan di Pekan, Pahang.

Di antara babak menarik semasa sesi perlawanan Bola Sepak peringkat Zon

08 May 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah diadakan pada 16.01.2010 yang lalu. Persatuan ini bertujuan untuk:
a) mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah;
b) membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid dalam kegiatan mereka;
c) membolehkan ibu bapa dan guru sekolah bertukar buah fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
d) memberi peluang kepada ibu bapa dan guru sekolah ini berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) membolehkan ibu bapa dan guru sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.


Selain dari itu,fungsi persatuan ini adalah untuk:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) mencari sumber kewangan persatuan bagi membantu menyediakan kemudahan di sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan kecerian premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan terutama di dalam bilik darjah.


Keanggotaan persatuan PIBG ini terdiri daripada guru-guru di sekolah,ibu bapa murid yang belajar di sekolah ini. Mesyuarat PIBG ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Tuan Haji Zainul Abidin b.Haji Daud.Ramai ahli yang hadir memeriahkan majlis, ibu bapa,guru-guru sama-sama berbincang mengenai permasalahan dan sama-sama mengemukakan cadangan dan pendapat dalam mencari penyelesaian masalah yang timbul serta isu-isu berbangkit di sekolah SK LKTP Jengka 9 ini.
Urusetia mesyuarat agung PIBG 2010
Antara ahli PIBG yang hadir
AJK jamuan sedang memasak

07 May 2010

Peta minda tingkat ingatan maklumat lanjut Klik Sini

05 May 2010

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 & TAHAP 2

Pada 04.05.2010 satu pertandingan bercerita telah diadakan di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 9. Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian. Pertandingan bercerita peringkat zon ini telah di bahagikan kepada dua kategori iaitu Pertandingan Bercerita tahap satu & tahap 2.Para peserta terdiri daripada pelajar- pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Aturcara majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari. Pemenang tempat pertama dimonopoli sepenuhnya oleh SK Jengka 11.Johan bagi tahap satu & dua. SK LKTP Jengka 9 mendapat naib johan bagi Pertandingan Bercerita tahap satu dan Saguhati bagi Pertandingan Bercerita tahap dua.

Pemenang Naib Johan dan Saguhati bagi Pertandingan Bercerita Peringkat Zon 2010.
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 9.

Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Bercerita Peringkat Zon Tahap satu & dua diungguli oleh SK LKTP Jengka 11.


Segala Persiapan dan bantuan dari tenaga kerja yang bersama-sama bekerjasama untuk menjayakan Pertandingan Bercerita Peringkat Zon ini didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Ucapan dari Tuan Pengetua :
Puan Hjh Ranjani bt Abd Karim


Dirasmikan Oleh :
Encik Nik Sin b Che Ya


AJK Persiapan Tempat dan Jamuan:



Barisan Hakim :



Barisan Peserta tahap Dua



Barisan Peserta tahap Satu.