27 October 2010

HARI KELUARGA SK LKTP JENGKA 9

Warga SK LKTP Jengka 9

Pada 24 & 25 Oktober 2010, Kelab Guru & kakitangan Sk LKTP Jengka 9 telah mengadakan Hari keluarga bertempat di Mercu Beach Resort Cherating.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari keluarga 2010

Majlis Makan Malam bersama warga SK LKTP Jengka 9

Acara Sukaneka


Majlis penyampaian Hadiah kepada pemenang



11 October 2010

Perkhemahan Peringkat Sekolah


Pada 8,9, & 10 Oktober 2010 - Bertempat di padang sekolah ,SK LKTP Jengka 9 telah mengadakan perkhemahan bersepadu peringkat Sekolah yang disertai oleh pelajar tahap 2 , tahun 4, 5 & 6. Seramai 91 murid telah mengambil bahagian dalam Perkhemahan tersebut. Program yang dijalankan adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani , & intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan & kemajuan diri sendiri, masyarakat , bangsa , agama & negara.
Aktiviti - aktiviti yang dirancang adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing - masing khususnya dari segi kepimpinan & kreativiti disamping memperkukuhkan displin kendiri, semangat kerjasama & kesediaan berdikari serta bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Dengan terlaksananya perkhemahan bersepadu ini, maka tercapailah objektif perkhemahan ini bagi :
1. Mendedahkan para peserta kepada aspek - as
pek asas perkhemahan
2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisplin.
4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok & berekreasi dalam suasana semulajadi yang kondusif.
5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing- masing dalam bidang kesenian & kebudayaan.
6. Membimbing para peserta menghayati & mengamalkan rukun - rukun beragama & kehidupan bermoral.

Perkhemahan Bersepadu peringkat sekolah ini bermula jam 3.00 ptg , Jumaat 8.10.2010 & berakhir Ahad . Antara Aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan ialah :

ICE BREAKING - iaitu sesi suai kenal antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.
KAWAD KAKI - Melatih para peserta dalam acara pertandingan kawad kaki.
MASAKAN RIMBA - Peserta dilatih bagaimana memasak , menghidupkan api serta kerjasama di dalam kumpulan.
TREASURE HUNT - Peserta di latih supaya bekerjasama samaada dari segi mental & fizikal dalam melaksanakan tugasan - tugasan untuk mendapatkan harta karun yang tersembunyi.
MALAM KEBUDAYAAN - Melatih peserta supaya berani & dapat mencungkil bakat- bakat baru yang terpendam dari para peserta .
LALUAN BERHALANG - Melatih para peserta supaya bersedia dengan apa juga halangan yang diberikan serta melatih peserta supaya lebih berani.




28 September 2010

30,000 komputer Iran dijangkiti cecacing Stuxnet

30,000 komputer Iran dijangkiti cecacing Stuxnet . Berita lanjut KLIK di sini

27 September 2010

ADAB - ADAB BERZIARAH

Di dalam bulan Syawal, kita digalakkan menziarahi antara satu sama lain. Amalan ini telah diamalkan sejak dahulu lagi, ianya bertujuan untuk bermaaf - maafan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara umat islam khususnya.

Adab - adab berziarah terbahagi kepada 3 iaitu :

Adab sebelum berziarah :

1. Memilih masa yang sesuai

2. Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat

3.Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

Adab semasa berziarah :

1. Memberi salam dan bersalaman

2. Meminta izin untuk masuk

3. Memendekkan tempoh ziarah

4. Mengawal pandangan

5. Merendahkan suara

Adab selepas berziarah :

1. Meminta izin apabila hendak beredar

2. Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

3. Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah

4. Enggan memberi salam

5.Masa yang tidak bersesuaian

6.Mengaibkan tuan rumah

7. Mengumpat

24 September 2010

KELEBIHAN PUASA SUNAT 6 DI BULAN SYAWAL


Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :

1. Puasa enam umpama solat sunat sabelum dan selapas sesudah sOlat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.

2. Puasa enam menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.

3. Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan.

4. Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.


Oleh itu marilah kita sama- sama merebut kelebihan berpuasa sunat 6 di bulan Syawal. Diharapkan segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima & diberkati di sisi ALLAH hendaknya

23 September 2010

UPSR Berakhir


23 September 2010 - Tepat 3.45 ptg, berakhirlah sudah peperiksaan UPSR tahun 6 yang telah berjalan selama tiga hari.Murid tahun 6 ceria & gembira selepas menamatkan UPSR hari ini. Selepas ini tibalah saat yang mendebarkan untuk para calon untuk menerima keputusan. Diharapkan semua murid tahun 6 mendapat keputusan yang cemerlang apabila keputusan diumumkan kelak.

22 September 2010

TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN

22 SEPTEMBER 2010 - Hari ke -2 UPSR. Diharapkan murid tahun 6 dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan yang sedang dijalankan.

Berikut adalah di antara tips - tips teknik belajar yang cemerlang.

7 Cara Cemerlangkan Otak
  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain.
Selain dari itu terdapat juga cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan daya ingatan.

Amalan peningkatan daya ingatan
  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

21 September 2010

Peperiksaan UPSR


21 September 2010 - Hari pertama UPSR. Pelajar tahun 6 dinasihatkan supaya tidak meninggalkan alat tulis bagi mengelakkan kesulitan untuk menghadapi UPSR. Segala nasihat ,amanat ,& tips yang diberikan oleh guru sebelum menduduki UPSR diharap dapat dijadikan panduan kepada semua murid tahun 6. Warga SK LKTP Jengka 9 mendoakan kejayaan semua murid tahun 6. Semoga segala usaha selama ini membuahkan hasil dengan kejayaan yang cemerlang.

19 August 2010

Amalan - amalan sunat di bulan ramadhan

19 Ogos 2010- Bersamaan dengan 9 Ramadhan 1431H. Sedar tidak sedar sudah lebih seminggu umat islam mengerjakan ibadah puasa di dalam bulan ramadhan, diharapkan ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada umat islam seluruhnya. Bersempena bulan yang mulia ini kita di galakkan melakukan perkara- perkara yang baik dan boleh mendatangkan pahala dan meninggalkan perkara- perkara buruk. Antara amalan sunat yang boleh dilakukan di dalam bulan Ramadhan adalah :
1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air.
2. Membaca doa ketika berbuka.
3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.
5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.
6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.
7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.
8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.
10. Merperbanyakkan sedekah.
11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa.
12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.
13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.
14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.
Marilah kita sama - sama memeriahkan ramadhan al mubarak ini dengan amalan - amalan yang berfaedah.

12 August 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

SELAMAT MENAIKI PENERBANGAN RAMADHAN AIR,BERNOMBOR 1431H KE DESTINASI AIDIL FITRI. KITA AKAN TERBANG DENGAN KETINGGIAN 29/29 @ 30/30 HARI KE ATAS PERMUKAAN HAUS DAN LAPAR. PARA PENUMPANG DIWAJIBKAN UNTUK MEMASANG NIAT PUASA DAN MENEGAKKAN KURSI SOLAT PENERBANGAN INI BEBAS ASAP PERSELISIHAN. SAYA SELAKU ANAK KAPAL YANG BERTUGAS MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DARINYA INSYAALLAH....

03 August 2010

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ


4 Ogos 2010 -Alhamdulilah majlis sambutan israk mikraj berjaya dijalankan dengan meriahnya pada 4 Ogos 2010. Semua acara yang direncanakan terlaksana dengan jayanya walaupunterdapat sedikit kekurangan namun masih dapat diatasi dengan bantuan para pengajar dan ahli jawatan kuasa yang bertugas.

Guru - guru yang terlibat secara langsung & tidak langsung memeriahkan majlis Israk Mikraj.

Antara acara yang telah dijalankan dan penyertaan dari murid- murid SK LKTP Jengka 9

01 July 2010

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6.

Satu perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 dengan guru telah diadakan bertujuan membincangkan prestasi murid tahun 6 dalam peperiksaan P3 yang telah diadakan baru - baru ini.
Perbincangan meliputi program - program UPSR yang sedang dan akan dilaksanakan sepanjang 3 bulan sebelum murid- murid menduduki UPSR. Perbincangan juga tertumpu pada kelemahan dan kekuatan murid - murid menguasai ataupun belum mencapai tahap kecemerlangan subjek UPSR. Dibincangkan juga tentang program tahlil dan solat hajat ibu bapa , guru dan murid sehingga peperiksaan UPSR. Pihak sekolah kurang berpuas hati terhadap kehadiran ibu bapa dalam program tersebut. Guru Besar (Pn Hjh Ranjani) amat berharap agar ibu bapa dapat memberi perhatian serius tentang kehadiran ibu bapa bagi program ini. Ibu bapa berpuas hati terhadap program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga kini dan hasilnya dapat dilihat pada peningkatan prestasi murid-murid setelah ujian P3 yang telah dilaksanakan.
Dalam majlis tersebut semua murid -murid berjanji akan memberi sepenuh perhatian dan tumpuan dalam tempoh 3 bulan ini.

21 June 2010

KELAS ICT MURID TAHUN 4 DAN 5

21-Jun- 2010 : Kelas ICT murid tahun 4 & 5 akan dijalankan seperti biasa.

Jadual waktu Kelas ICT :

Isnin Tahun 4 - Kumpulan A
4.00 ptg - 5.00 ptg
Selasa Tahun 4 - Kumpulan B
4.00 ptg - 5.00 ptg
Rabu Tahun 5 - Kumpulan A
4.00 ptg - 5.00 ptg
Khamis Tahun 5 - Kumpulan B
4.00 ptg - 5.00 ptg

-Diingatkan supaya semua murid Tahun 4 & 5 mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan
oleh makmal SK LKTP Jengka 9.
PANDUAN PERATURAN
DI MAKMAL/BILIK KOMPUTER

1. MASUK HANYA DENGAN PENGAWASAN GURU, DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN.
2. TINGGALKAN BEG DI LUAR MAKMAL,DAN TANGGALKAN KASUT SEBELUM MASUK.
3. DILARANG MEMBAWA MASUK " PERISIAN LUAR " KE DALAM MAKMAL.
4. DILARANG MEMBAWA MAKANAN DAN MINUMAN KE DALAM MAKMAL.
5. DITEGAH MENGGANGGU SAMBUNGAN PENDAWAIAN PADA KOMPUTER.
6. DILARANG MENGELUARKAN MANA-MANA PERKAKASAN DAN PERISIAN DARI MAKMAL.
7. JIKA TERDENGAR SEBARANG BUNYI GANJIL, TERHIDU BAU BENDA BAKAR, BAHAGIAN KOMPUTER YANG TERLALU PANAS ATAU SEBARANG KEADAAN YANG DISYAKI TIDAK NORMAL,SEGERA LAPORKAN KEPADA GURU DI DALAM MAKMAL.
8. LAPORKAN DENGAN SEGERA SEBARANG KEROSAKAN PERKAKASAN ATAU PERISIAN KEPADA GURU PENYELARAS.
9. PASTIKAN ANDA KELUAR DARI PROGRAM ATAU OFF (TUTUP) KOMPUTER MENGIKUT PERATURAN, TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA ATAU MENUTUP KOMPUTER TANPA KEBENARAN GURU PENYELARAS.
10. JAGA KEBERSIHAN SEPANJANG MASA, SILA KEMASKAN MAKMAL SEBELUM BEREDAR KELUAR.
UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA DAN RAKAN - RAKAN ANDA.

18 June 2010

CUTI PERSEKOLAHAN BERAKHIR

Isnin ini 21.jun.2010 sesi persekolahan akan bermula .Murid - murid akan menjalani sesi persekolahan seperti biasa selepas 2 minggu cuti persekolahan.

14 June 2010

KELAS TAMBAHAN MURID TAHUN 6

Minggu pertama cuti persekolahan telah berakhir, minggu kedua cuti persekolahan kini bermula. Pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi kini bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran dibantu guru-guru dengan menghadiri kelas tambahan. Kelas tambahan dijalankan bagi memperkukuhkan lagi usaha murid-murid tahun 6 dalam persediaan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Kelas bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari. Diharapkan segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil dan murid-murid akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti.

02 June 2010

Temasya Sukan SK LKTP Jengka 9, 23 Mei 2010

Pada 23 Mei 2010,Ahad- Telah diadakan Temasya Sukan Peringkat Sekolah kali ke- 24 bertempat di padang SK LKTP Jengka 9.Sebanyak 70 acara dipertandingkan pada Temasya Sukan peringkat sekolah kali ini. Acara sukan dibahagikan mengikut tahap,bermula dari Pra Sekolah, Pendidikan Khas sehinggalah ke tahun 6. Acara sukan bermula dengan perbarisan dari ketiga- tiga rumah sukan iaitu biru, merah dan hijau. Upacara lintas hormat dilakukan semasa sesi perbarisan berjalan. Acara temasya sukan ini juga turut dimeriahkan oleh kehadiran Ibu - Bapa penjaga dan belia- belia yang hadir memberikan bantuan dalam menjayakan Temasya Sukan kali- 24 tahun ini. Setelah selesai acara perbarisan, acara balapan bermula.Semasa acara berlangsung murid- murid telah memberikan sokongan yang padu kepada ahli dari rumah sukan mereka yang mengambil bahagian. Acara sukan diselang-selikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Pada temasya sukan kali ini,rumah biru telah menjadi johan dengan 168 mata,tempat kedua rumah merah dengan kemenangan tipis terhadap rumah hijau sebanyak 158 mata dan rumah hijau 157 mata. Acara kemuncak bagi temasya sukan kali ini ialah tarik tali,semua warga SK LKTP Jengka 9 turut memberikan sokongan kepada peserta tarik tali. Penutupan rasmi bagi temasya sukan pada kali ke - 24 dilakukan oleh wakil dari Felda Jengka 9.

Murid- murid berkumpul untuk mendengar taklimat sebelum acara bermula.


Temasya sukan turut dimeriahkan dengan acara yang disertai oleh para belia,ibu bapa dan guru-guru.

Murid - murid memberi saingan di acara kemuncak, digamatkan lagi dengan sokongan dari penonton yang hadir.

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang.



AJK Hadiah setia menunggu di tempat penyampaian hadiah

Tepukan kegembiraan antara gelagat menarik semasa temasya sukan berlangsung.

Sorakan dan tepukan pihak penyokong dan penonton memeriahkan lagi acara sukan.

31 May 2010

Sambutan Hari Guru 17 Mei 2010

Sambutan Hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010. Acara Hari guru dimulakan dengan perhimpunan dan pembacaan perutusan oleh Guru Besar SK LKTP Jengka 9.Sejurus selepas pembacaan perutusan,nyanyian lagu Guru Malaysia di nyanyikan dan ikrar guru dilaungkan. Pada jam 8.30 pagi ,guru dijemput untuk sarapan pagi n majlis penyampaian hadiah. Seterusnya acara sukaneka untuk para guru telah diadakan. Guru- guru dibahagikan kepada 4 kumpulan termasuk kakitangan sekolah dan staff sokongan. Setiap kumpulan di ketuai oleh Guru Besar, GPK 1,GPK Ko dan GPK Hem. Terdapat beberapa acara telah diadakan antaranya ialah "shoot" bola jaring ke dalam gol,lastik getah,sepak bola masuk gol, dan melontar pundi pasir ke dalam bakul. Acara sukaneka dimenangi oleh Kumpulan yang diketuai oleh GPK Ko. Persembahan murid dari tahun 1 hingga tahun 6 dimulakan pada pukul 11.00 pagi. Guru juga turut membuat persembahan antaranya persembahan magic,nyanyian lagu Guru Malaysia oleh Guru Besar, GPK 1,GPK Ko dan GPK Hem dan penampilan istimewa dari Guru Besar SK LKTP Jengka 9 iaitu Pn Hjh Ranjani bt Abd Karim dengan nyanyian nasyid. Acara kemuncak yang telah diadakan pada Sambutan Hari Guru tahun ini ialah penganugerahan kepada guru-guru bagi kategori Guru Penyayang, Guru Paling Garang, Guru Paling Cantik, dan Guru Paling Kacak. Guru Penyayang telah dimenangi oleh Ustazah Rahimah bt Ontong, Guru Paling Garang dimenangi oleh En Shaari b Berahim,Guru Paling Cantik dimenangi oleh Pn Norashikin bt Abd.Mubin, Guru Paling Kacak dimenangi oleh Ustaz Mohd Firdaus b Asuri dan Anugerah Khas ,Guru Paling Popular dimenangi oleh En Ruzaiman bin A. Hamid.Acara diakhiri dengan bacaan doa dan jamuan makan tengahari untuk para guru.

12 May 2010

Majlis Perpisahan Pn Nor Hafizan PPM Pra Sekolah

Pada hari Khamis ,06 may 2010 telah diadakan satu majlis perpisahan berkenaan pertukaran seorang kakitangan SK LKTP Jengka 9 iaitu Pn Nor Hafizan bt Mohamed,Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah ke sekolah lain. Majlis diadakan sempena mengenang jasa beliau yang telah berkhidmat di SK LKTP Jengka 9 selama 3 tahun. Segala jasa dan sumbangan yang diberikan dari Pn Nor Hafizan bt Mohamed kepada pihak sekolah selama berkhidmat didahulukan dengan jutaan Terima Kasih. Majlis didahulukan dengan bacaan doa oleh En Wahyu Hidayad, diikuti oleh ucapan dari pada Pn Nor Hafizan bt Mohammad dan ucapan dari Guru Besar SK LKTP Jengka 9 Pn Hjh Ranjani Bt Abdul Karim. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan makan tengah hari.

Yang Diraikan Pn Nor Hafizan bt Mohamad.


Majlis Penyampaian Hadiah dari Guru Besar SK LKTP Jengka 9 Puan Hjh Ranjani bt Abd Karim.


MAULIDUR RASUL 2010


Pada 12.03.2010 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Maulidur Rasul Peringkat sekolah. Majlis ini juga telah diadakan di bawah Permuafakatan PIBG, JKK, Sekolah Agama Rakyat, AJK Masjid dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) . Acara ini diadakan pada hari Jumaat,bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.05 tengah hari dan dirasmikan oleh Penyelia Agama Islam, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD ) Maran Tuan Haji Yusof b Haji Seh . Acara dimulakan dengan perarakan murid-murid, guru- guru sekolah dari dataran sekolah hingga ke masjid dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W mengelilingi Kampung Felda Jengka 9. Di antara program yang di jalankan ialah, murid - murid dibahagikan kepada dua kategori. Tahap 1&Pra Sekolah dan Tahap 2 & Pendidikan Khas. Bagi Tahap 1 & Pra Sekolah telah diadakan pertandingan lafaz niat sembahyang,pertandingan Mengambil Wudhuk, dan hafazan. Bagi Tahap 2 & Pendidikan Khas telah diadakan pertandingan menjawikan perkataan rumi/merumikan perkataan jawi,pertandingan azan bagi murid lelaki dan pertandingan iqamah murid perempuan, dan hafazan.



10 May 2010

Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon

SK LKTP Jengka 9 telah menjadi vanue Kejohanan Bola Sepak Peringkat Zon Jengka 2010 yang telah diadakan pada 24.2.2010 dan 25.2.2010. Sebanyak 13 buah sekolah terlibat dalam kejohanan ini. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Johari b Ismail iaitu Penyelia Sekolah Rendah dan Pra Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Maran. Pasukan dari SK LKTP Jengka 9 telah memberikan saingan yang mantap berentap dengan peserta dari pasukan sekolah lain namun,SK LKTP Jengka 9 tidak dapat meneruskan saingan selepas kecundang di pusingan kedua.Namun sokongan turut diberikan kepada pasukan lain yang mara ke peringkat seterusnya. Pasukan dari SK LKTP Jengka 22 telah mengungguli kejohanan kali ini.Manakala SK Bandar Pusat Jengka telah mendapat Naib Johan disusuli SK LKTP Jengka 16 tempat ketiga dan SK LKTP Jengka 8 tempat keempat. Seramai 18 pemain dari sekolah yang menyertai kejohanan telah dipilih untuk mewakili Zon Jengka bagi membawa cabaran Zon ke kejohanan MSSD Maran. Beberapa orang pemain dari Zon Jengka telah berjaya dipilih menyertai pasukan bola sepak MSSD ke peringkat MSSP yang diadakan di Pekan, Pahang.

Di antara babak menarik semasa sesi perlawanan Bola Sepak peringkat Zon

08 May 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah diadakan pada 16.01.2010 yang lalu. Persatuan ini bertujuan untuk:
a) mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah;
b) membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid dalam kegiatan mereka;
c) membolehkan ibu bapa dan guru sekolah bertukar buah fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
d) memberi peluang kepada ibu bapa dan guru sekolah ini berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) membolehkan ibu bapa dan guru sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.


Selain dari itu,fungsi persatuan ini adalah untuk:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) mencari sumber kewangan persatuan bagi membantu menyediakan kemudahan di sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan kecerian premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan terutama di dalam bilik darjah.


Keanggotaan persatuan PIBG ini terdiri daripada guru-guru di sekolah,ibu bapa murid yang belajar di sekolah ini. Mesyuarat PIBG ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Tuan Haji Zainul Abidin b.Haji Daud.Ramai ahli yang hadir memeriahkan majlis, ibu bapa,guru-guru sama-sama berbincang mengenai permasalahan dan sama-sama mengemukakan cadangan dan pendapat dalam mencari penyelesaian masalah yang timbul serta isu-isu berbangkit di sekolah SK LKTP Jengka 9 ini.
Urusetia mesyuarat agung PIBG 2010
Antara ahli PIBG yang hadir
AJK jamuan sedang memasak

07 May 2010

Peta minda tingkat ingatan maklumat lanjut Klik Sini

05 May 2010

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 & TAHAP 2

Pada 04.05.2010 satu pertandingan bercerita telah diadakan di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 9. Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian. Pertandingan bercerita peringkat zon ini telah di bahagikan kepada dua kategori iaitu Pertandingan Bercerita tahap satu & tahap 2.Para peserta terdiri daripada pelajar- pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Aturcara majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari. Pemenang tempat pertama dimonopoli sepenuhnya oleh SK Jengka 11.Johan bagi tahap satu & dua. SK LKTP Jengka 9 mendapat naib johan bagi Pertandingan Bercerita tahap satu dan Saguhati bagi Pertandingan Bercerita tahap dua.

Pemenang Naib Johan dan Saguhati bagi Pertandingan Bercerita Peringkat Zon 2010.
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 9.

Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Bercerita Peringkat Zon Tahap satu & dua diungguli oleh SK LKTP Jengka 11.


Segala Persiapan dan bantuan dari tenaga kerja yang bersama-sama bekerjasama untuk menjayakan Pertandingan Bercerita Peringkat Zon ini didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Ucapan dari Tuan Pengetua :
Puan Hjh Ranjani bt Abd Karim


Dirasmikan Oleh :
Encik Nik Sin b Che Ya


AJK Persiapan Tempat dan Jamuan:



Barisan Hakim :



Barisan Peserta tahap Dua



Barisan Peserta tahap Satu.