02 June 2010

Temasya Sukan SK LKTP Jengka 9, 23 Mei 2010

Pada 23 Mei 2010,Ahad- Telah diadakan Temasya Sukan Peringkat Sekolah kali ke- 24 bertempat di padang SK LKTP Jengka 9.Sebanyak 70 acara dipertandingkan pada Temasya Sukan peringkat sekolah kali ini. Acara sukan dibahagikan mengikut tahap,bermula dari Pra Sekolah, Pendidikan Khas sehinggalah ke tahun 6. Acara sukan bermula dengan perbarisan dari ketiga- tiga rumah sukan iaitu biru, merah dan hijau. Upacara lintas hormat dilakukan semasa sesi perbarisan berjalan. Acara temasya sukan ini juga turut dimeriahkan oleh kehadiran Ibu - Bapa penjaga dan belia- belia yang hadir memberikan bantuan dalam menjayakan Temasya Sukan kali- 24 tahun ini. Setelah selesai acara perbarisan, acara balapan bermula.Semasa acara berlangsung murid- murid telah memberikan sokongan yang padu kepada ahli dari rumah sukan mereka yang mengambil bahagian. Acara sukan diselang-selikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Pada temasya sukan kali ini,rumah biru telah menjadi johan dengan 168 mata,tempat kedua rumah merah dengan kemenangan tipis terhadap rumah hijau sebanyak 158 mata dan rumah hijau 157 mata. Acara kemuncak bagi temasya sukan kali ini ialah tarik tali,semua warga SK LKTP Jengka 9 turut memberikan sokongan kepada peserta tarik tali. Penutupan rasmi bagi temasya sukan pada kali ke - 24 dilakukan oleh wakil dari Felda Jengka 9.

Murid- murid berkumpul untuk mendengar taklimat sebelum acara bermula.


Temasya sukan turut dimeriahkan dengan acara yang disertai oleh para belia,ibu bapa dan guru-guru.

Murid - murid memberi saingan di acara kemuncak, digamatkan lagi dengan sokongan dari penonton yang hadir.

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang.



AJK Hadiah setia menunggu di tempat penyampaian hadiah

Tepukan kegembiraan antara gelagat menarik semasa temasya sukan berlangsung.

Sorakan dan tepukan pihak penyokong dan penonton memeriahkan lagi acara sukan.

No comments:

Post a Comment