15 April 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH

Pada mulanya sekolah ini adalah dibawah pengelolaan PPD Jerantut. Mulai 1 JAN 1988, sekolah ini telah dipindahkan di bawah pentadbiran PPD Maran. Pada akhir tahun 1974 bilangan murid sekolah ini meningkat seramai 576 orang.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Muhammad bin Jusuh, Menteri Besar Pahang pada 5 JUN 1976. Sekolah ini mempunyai kawasan seluas 12.8 hektar. Pada asalnya sekolah ini beroperasi dengan dua sesi iaitu pagi dan petang.

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

Sekolah ini diasaskan pada 1 JAN 1974 yang mana terdapat seramai hanya 7 org murid yang mendaftar pada hari pertama persekolahan. Sehingga kini sekolah SK LKTP Jengka 9 telah ditadbir seramai tujuh org Guru Besar.

1. Encik Othaman bin Draman, 1 JAN 1974 -1979
2. Encik Baharuddin bin Imam Dali, 1980 - 1987
3. Encik Suhaimi bin Mohd Noor, APRIL 1987 - JULAI 1987
4. Encik Kamaruddin bin Yunus 1 JAN 1987 - 31 DIS 1988
5. Encik Ahmad Thirmizir bin Mohd Hashim 1 JAN 1999 -2006
6. Encik Radin bin Mohamed Azman Radin Yusoff 2006 -2008
7. Puan Hajah Ranjani bt Abdul Karim 1.DIS.2008 sehingga sekarang.