08 May 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah diadakan pada 16.01.2010 yang lalu. Persatuan ini bertujuan untuk:
a) mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah;
b) membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid dalam kegiatan mereka;
c) membolehkan ibu bapa dan guru sekolah bertukar buah fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
d) memberi peluang kepada ibu bapa dan guru sekolah ini berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) membolehkan ibu bapa dan guru sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.


Selain dari itu,fungsi persatuan ini adalah untuk:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) mencari sumber kewangan persatuan bagi membantu menyediakan kemudahan di sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan kecerian premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan terutama di dalam bilik darjah.


Keanggotaan persatuan PIBG ini terdiri daripada guru-guru di sekolah,ibu bapa murid yang belajar di sekolah ini. Mesyuarat PIBG ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Tuan Haji Zainul Abidin b.Haji Daud.Ramai ahli yang hadir memeriahkan majlis, ibu bapa,guru-guru sama-sama berbincang mengenai permasalahan dan sama-sama mengemukakan cadangan dan pendapat dalam mencari penyelesaian masalah yang timbul serta isu-isu berbangkit di sekolah SK LKTP Jengka 9 ini.
Urusetia mesyuarat agung PIBG 2010
Antara ahli PIBG yang hadir
AJK jamuan sedang memasak

No comments:

Post a Comment